GOODLUCK EXAM TAHUN 1 DVM 2015


Sem 2 , Sem 4 dah habis exam. 
Now DVM sem 2 lagi exam!

All the best seniors...

Lagu Kolej Vokasional Likas


Kolej Vokasional Likas tercinta,
di kenali dan di segani,
masyarakatnya berwawasan,
menuju masa hadapan,

Kami berjanji, akan berusaha
mencapai hasrat murni,
berpegang pada rukun negara,
harapan keluarga terlaksana,

Korus :
Bakti tercurah, akan di kenang,
sehingga ke akhir zaman...
Terima kasih, di ucapkan
buat guru guru yang tercinta,

Berilmu dan berteknologi,
teras kemajuan semua,
megah menjulang kejayaan,
untuk agama bangsa dan negara..

MISI KOLEJ



Kolej Vokasional Likas ditubuhkan untuk memberi pendidikan teknikal, vokasional dan kemahiran yang berkualiti ke arah melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum dan sahsiah melalui :

Pengurusan Cemerlang Kepelbagaian Program dan Permuafakatan Bersama Komuniti.

Logo Kolej Vokasional Likas


WARNA

Kuning - Tempat Pertama Pingat Emas. Melambangkan sesuatu yang cukup berharga. Hidup dan bernilai. Semua orang akan cuba mendapatkannya- Simbol kejayaan

Merah - Berani menempuh cabaran. Mempunyai semangat juang yang tinggi dan tidak mudah mengaku kalah. Mempunyai wawasan dan Harga diri yang tinggi.

Biru - Harmoni, penuh kedamaian dan ketenangan. Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Hidup dalam suasana kasih sayang dan saling hormat menghormati.